Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015..!!!

Today is the first blank page of a 365 page book. Write a good one. - Brad Paisley

Marilah sama2 kita buka buku Tahun 2015 ini dengan penuh rasa insaf dan rendah diri sebagai hambaNya. Matlamat hidup kita yang sebenar adalah mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tahun 2014 penuh cabaran, meninggalkan kita dengan seribu kenangan yang sukar dilupakan. Namun, kita harus bersyukur dengan segala kurniaan dan dugaan dariNya..

Sempena menyambut kehadiran Tahun Baru, semua berkumpul kat rumah Abah. Umie masak special untuk anak2 & cucu2nya.. Menu apa hari ni?? Kari Kepala Ikan Kerapu, Daging Goreng Kunyit dan Sambal Belacan Menyengat..huh!


"somebody was taken the eye.." hehe

Untuk menu petang pulak, Umie mintak my SIL buatkan Karipap Ayam. Memang sedap aah karipap Kaksu ni..patutlah ramai yang order dengan dia. Anak2 aku pun suka karipap Ceksu dorang ni. Aku pun apa lagi mintak resepi la, lain kali boleh aku buat.. tu pun kalau mood datang..kalau mood tak datang2..anak2 aku dah faham sangat dah.. Tima kasih anak2 mama kerana memahami..haha. Resepi ni mudah sangat dan aku memang suka belajar benda yang simple ni. Meh aku share dengan korang resepinya kat SINI.



Bahan2nya :-

1kg Tepung Gandum
2 cawan Minyak Masak
2 cawan air sejuk

Cara membuatnya :-

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.


2. Tuang minyak masak yang dah dipanaskan tadi kedalam mangkuk berisi tepung. Gaulkan sebati.


3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di uli dan tidak melekat.


4. Doh yang telah siap diuli.



Cara membuat intinya :-

1. 1 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih dan sedikit halia dikisar.


2. Bahan kisar ditumis.


3. Masukkan serbuk rempah kari, isi ayam, kentang (potong dadu), sedikit air, garam dan gula.Biarkan seketika sehingga kentang lembut.


4. Sedia untuk digoreng.





No comments:

Post a Comment