Wednesday, November 27, 2019

Perginya Seorang Sahabat

Lamanya tak berblogging.. Last post was in 2016 kot. Rindu lak rasanya n mcm nak aktif balik je.. simpan semua kenangan kat sini. So now, blogging akan dimasukkan dlm senarai Azam Tahun Baru 2020 (merancang tu x salah kan) hehee..

Tinggal lagi 34 hari utk 2019 melabuhkan tirai meninggalkan kita dengan segala kisah suka dan duka. Dan rasanya inilah diari terbaik untuk aku abadikan.. perginya seorang sahabat yang sentiasa susah senang bersama.

31 August 2019, arwah kak sue 'Merdeka' dari segala kesakitan yang ditanggung bersendirian selama ni. Pandai betul arwah simpan rahsia. Kitorg kwn2 n even her family pun tak pernah tahu sejak bila dia menanggung sakit (breast cancer). Arwah tak pernah nampak sakit. Ceria 24 jam. Tp, sebulan terakhir sebelum dia pergi, bila rahsia dh tak boleh nk simpan lagi.. kitorg semua terkejut sgt2 sebabnya arwah ni tak pernah nampak macam orang sakit. Dia lah orang yang akan menceriakan suasana tak kira dalam apa situasi pun. Bila Doc bgtau she's on stage 4, mmg susah nk percaya n kitorg hanya mampu berdoa ada keajaiban yg akan berlaku. Kitorg cuba bg arwah semangat supaya dia kuat melawan kanser. Balik kerja hari2 aku hantar dia balik sbbnya kereta arwah rosak + dia nmpk mcm dh xleh focus while driving.. Hari terakhir aku hantar arwah balik (2 minggu sebelum arwah pergi), dia muntah2 dalam kereta. Sambil muntah sambil ckp "sorry tie, kak sue muntah dlm kete ko.." aku cakap la, "kak sue muntah je, jgn pikir pape..asalkan kak sue rasa lega.." Sampai tmpt parking, aku papah dia naik lif sampai atas (kondo tgkt 21). Before balik, aku cium dia. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan dia dlm keadaan mcm tu wlpun masa tu family arwah ada kat situ. Dia sempat tunjukkan aku sejadah, quran, herba2 yg kgkawan bagi. Arwah appreciate sgt apa yang orang bg kat dia. Itulah hari terakhir aku dengan arwah lepas tu dia dah bercuti panjang untuk proses rawatan kemo. Aku cuma berhubung tnya khabar thru whatsapp.

Jumaat - 30 August 2019, arwah admitted utk proses rawatan kemo pd besoknya.. Sepatutnya aku pegi lawat arwah kat hospital petang tu tp keadaan jln sgt2 sesak aritu plus hujan lebat.. aku cancel n rancang nk pegi hari lain. Tp Allah sebaik2 perancang.. bersamaan 1 Muharram, lebih kurang jam 3am, arwah pergi dalam keadaan dia selesai solat di katil hospital.. Allahu..! Perjalanan baru kak sue di Tahun Baru Islam.. Semoga syurga terindah tempatmu Sis!

Masa tu aku dlm perjalanan balik kampung, sebelum masuk hway aku dpt call dari Aishah bgtau yg kak sue dh xde.. Innalillahi waiina ilaaihi rojiuun..! Setiap yang hidup pasti akan mati tp aku mmg tak pernah sangka yang secepat tu arwah pergi. Aku patah balik terus ke masjid tempat jenazah arwah diuruskan. Airmata jgn cakap la, berderai2 turun non stop. Tak boleh nk tahan2 pun. Aku teringat arwah ada pernah cakap dulu, "kalau kak sue meninggal ko mesti nangis.." tp masa tu tak terlintas apa2 pun.. aku jwb main2, "xde maknanya nk nangis nti kt ckp ngan kak sue babaiii..!!" Rupanya masa tu arwah dh tahu dia dah tak lama.. Alhamdulillah, sempat jumpa arwah untuk kali terakhir. Kt tahu kak sue tunggu nak jumpa kt jugak kan.. sempat cium dahi arwah. Subahanallah..cantiknya kak sue, bersih berseri dan tenang mcm tengah tidur je. Arwah mmg baik hati n suka tolong orang wlpun dia sndri dlm kesusahan. Suka belanja kgkawan makan..tak pernah berkira langsung. Kt abadikan memori kita kat sini n tak akan pernah lupakan kak sue.. Semoga tenang di sana sahabat.. Ya Allah, Kau tempatkanlah Allahyarhamah Suraya Mohd Ali di syurga Mu bersama hamba2 Mu yang soleh.. Al Fatihah.. Amiin Ya Rabb!



  


 


















  
          

No comments:

Post a Comment