Friday, November 4, 2016

Rose Apartment @ Cameron Highland

Dah lama plan nak ke Cameron Highlands tapi ada je halangan yang datang. Dah bertahun jugak rasanya tak ke sini.. Cuti Deepavali baru2 ni akhirnya sampai jugak aku dan anak2 ke sini. Perancangan awal nak bertolak sesudah subuh tapi mcm biasa laa bila menunggu anak2 dara bersiap..jam 12 tengahari baru kami bertolak dari Shah Alam. Sampai CH lebih kurang pukul 3pm.

Kami menginap di Rose Apartment. Kedudukan apartment ni sgt strategik..betul2 belakang Pasar Kea Farm yang menjadi tumpuan ramai. Boleh jalan kaki je dari apartment ke Pasar Kea Farm tu. Tak payah susah2 nak cari parking. Tapi, haaaa ada tapinye..itu hanya untuk mereka2 yang sanggup menonggek atas bukit sampai kremmm kaki lutut. haha..!!

Jom view gambar2 luar dan dalam Rose Apartment ni untuk sesape yang berminat. Apartment ni ada 3 bilik. Master bedroom ada bilik air dan satu di luar. Kalau nak masak boleh guna rice cooker je..dapur tadak! Tapi cukup luas dan sangat selesa untuk keluarga yang besar. RM350 untuk satu malam. Ada Astro ye..dan satu nak pesan sila la bawak sweater dan stokin untuk persedian dimalam hari..sejuk giler bila pijak lantai.. menggigil..!!


Dry Kitchen 




Wet Kitchen


Gambar bilik air pun amek.. 




2nd bedroom


3rd bedroom


Haa..tu dia! Berkampung terus abis segala toto, bantal semua tido kat ruang tamu
 


kat bawah ni Master bedroom (ada bilik air)