Monday, January 12, 2015

Sambal Tumis Udang Petai

Sesi persekolahan 2015 bermula hari ni. Aku cuti lagi..teman Dina on her 1st day jadi budak sekolah menengah..ye la tu. Padahal alasan nak cuti je tu hehe. Pagi2 hantar Qiqi dulu ke sekolah. Kemudian settlekan dokumen2 yang diperlukan Dina untuk pendaftaran Sekolah Menengah. Hari ni mula sekolah hari ni la baru mak dia sibuk buat sume2 tu..mak dia ni memang suka buat kerja last minute. Macam satu kepuasan gitu..walau hakikat sebenarnya adalah KALUT!

Tapi, Walaupun kerja last minute aku akan sentiasa pastikan yang terbaik untuk puteri2 kesayangan aku. Hari ni aku masak simple je. Dah memang masakan aku sume simple pun..haha. Memandangkan Dina bersekolah sebelah petang, awal2 lagi aku dah defrostkan udang. Hari ni mama masak Sambal Tumis Udang Petai ye anak2..Sambal tumis ni ikut cara mak aku masak. Guna cili merah instead of cili kering. Sedappp..!!!


Bahan2nya :

1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
6-7 tangkai cili merah - dikisar
1 kiub belacan - dikisar
3 papan petai
15 ekor udang (buang kulit tinggalkan ekor je)

Cara membuatnya :-

1. Panaskan sedikit minyak.

2. Goreng petai sekejap. Angkat dan ketepikan.

3. Goreng udang sekejap. Agak2 dah merah, angkat dan ketepikan.

4. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan gula dan air asam jawa.

5. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap..!!!

Sunday, January 11, 2015

Daging Goreng Kunyit


Hari ni hari minggu..stok dalam fridge dah habis so pepagi aku dah ke Pasar Ahad kat Stadium Shah Alam dengan hubby. Mak aii..ramainya pengunjung mungkin sebab besok dah mula balik sesi persekolahan seperti biasa. Selesai belanja apa2 yang patut aku singgah rumah Tok Mie untuk ambik Qiqi. Bercuti sakan si Bulat nih..

Aku sampai kat rumah dah pukul 11.00am. Memandangkan 12.00pm nak kena keluar lagi menghantar si Nuyo pegi keje jadi aku decide untuk masak lauk yang paling simple dan seperti biasa Dina yang masak nasi. Hari ni aku masak Daging Goreng Kunyit. Daging ni digoreng bersama dengan lemak.. org kelantan cakap 'Lemak Sello'. Makan dengan nasi panas..pehhh!!! mmg sedap. Tak payah tambah2 lauk lain dah.. Jom tengok resepinya.

Bahan2nya :-

Daging dan Lemak - dipotong kiub
Serbuk Kunyit
Garam
Bawang Besar - dipotong bulat
Cili Merah - dipotong serong

Cara membuatnya :-


1. Daging dan Lemak di perap bersama garam dan serbuk kunyit.


2. Panaskan kuali, masukkan daging yang telah diperap. Perlahankan api dan biarkan daging empuk.


3. Setelah daging empuk, masukkan sedikit minyak, bawang dan cili merah yang dah dipotong. Goreng sekejap.


4. Dah siap...jemput makan semua.


Friday, January 2, 2015

Apam Pisang Sedap

Hari ni aku masih lagi bercuti. Dah janji dengan Dina n Qiqi nak pegi beli beg sekolah. Keperluan sekolah yang lain2 abah dorang dah settlekan. Hmm..lega den! Oleh kerana aku dalam mood bercuti jadi kerajinan untuk memasak tu ada lebehhh sikit. Pagi ni aku buatkan Apam Pisang Sedap untuk puteri2 kesayanganku. Resepi ni adalah turun temurun dari arwah nenek aku, Tok Mek. Apam Pisang Sedap ni adalah salah satu hidangan yang selalu Umie aku sediakan untuk sarapan kitorg. Jom kita tengok camne nak buat kuih ni. Tapi, very the sory..gambar Apam Pisang Sedap yang dah masak tak sempat nak snap pun..xpe, next time aku masukkan ea..

Bahan2nya :-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5-6 hiris lengkuas
2 batang serai
2-3 ketul keledek - direbus
1 cawan pisang - dilenyek
1 mangkuk tapai ubi kayu
2 cawan gula
3 biji telur
500gm tepung beras



Cara membuatnya :-

1. Bahan-bahan di atas dikisar halus.


2. Kisar halus 2-3 ketul keledek manis yang telah direbus dan campurkan bersama secawan pisang yang telah dilenyek.


3. Kisar halus semangkuk tapai ubi kayu.


4. Campurkan kesemua bahan kisar ke dalam mangkuk dan masukkan 2 cawan gula halus.


5. Pecahkan 3 biji telur ke dalam adunan tadi dan masukkan 1 paket tepung beras. Kacau sebati dan biarkan semalaman.


6. Besok pagi boleh lah dibakar dengan sedikit minyak seperti menggoreng lempeng. Dimakan bersama kelapa parut. Gerenti sedap..!!!

* SELAMAT MENCUBA *



Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015..!!!

Today is the first blank page of a 365 page book. Write a good one. - Brad Paisley

Marilah sama2 kita buka buku Tahun 2015 ini dengan penuh rasa insaf dan rendah diri sebagai hambaNya. Matlamat hidup kita yang sebenar adalah mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tahun 2014 penuh cabaran, meninggalkan kita dengan seribu kenangan yang sukar dilupakan. Namun, kita harus bersyukur dengan segala kurniaan dan dugaan dariNya..

Sempena menyambut kehadiran Tahun Baru, semua berkumpul kat rumah Abah. Umie masak special untuk anak2 & cucu2nya.. Menu apa hari ni?? Kari Kepala Ikan Kerapu, Daging Goreng Kunyit dan Sambal Belacan Menyengat..huh!


"somebody was taken the eye.." hehe

Untuk menu petang pulak, Umie mintak my SIL buatkan Karipap Ayam. Memang sedap aah karipap Kaksu ni..patutlah ramai yang order dengan dia. Anak2 aku pun suka karipap Ceksu dorang ni. Aku pun apa lagi mintak resepi la, lain kali boleh aku buat.. tu pun kalau mood datang..kalau mood tak datang2..anak2 aku dah faham sangat dah.. Tima kasih anak2 mama kerana memahami..haha. Resepi ni mudah sangat dan aku memang suka belajar benda yang simple ni. Meh aku share dengan korang resepinya kat SINI.



Bahan2nya :-

1kg Tepung Gandum
2 cawan Minyak Masak
2 cawan air sejuk

Cara membuatnya :-

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.


2. Tuang minyak masak yang dah dipanaskan tadi kedalam mangkuk berisi tepung. Gaulkan sebati.


3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di uli dan tidak melekat.


4. Doh yang telah siap diuli.



Cara membuat intinya :-

1. 1 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih dan sedikit halia dikisar.


2. Bahan kisar ditumis.


3. Masukkan serbuk rempah kari, isi ayam, kentang (potong dadu), sedikit air, garam dan gula.Biarkan seketika sehingga kentang lembut.


4. Sedia untuk digoreng.