Wednesday, December 31, 2014

Percutian ke Gold Coast Morib

Sebagai penutup tirai 2014..aku sekeluarga bercuti ke Gold Coast Morib. Pakej ni juga merupakan hadiah untuk Dina sempena kejayaannya mendapat 4A 1B dalam UPSR. Syukur Alhamdulillah..walaupun Dina terpaksa repeat paper disebabkan soalan UPSR bocor. Giler kesian ngan bebudak UPSR tahun ni..betul2 mencabar mental dorang.



Kitorg bertolak dari rumah pukul 11 pagi. 12.30 tengahari dah sampai GCM. Dekat je.. Shah Alam - Morib je kot. Sampai je GCM aku terus ke kaunter untuk check-in tapi hampeh..bilik belum ready. 3pm baru boleh check-in. Ok, xpe..kitorg pegi lunch dulu sementara tunggu bilik siap. Kami ke Pantai Morib lebih kurang 15 minit dari GCM. Sambil ditemani desiran ombak yang membelah pantai..cewaaah! xde ombak pun, haha. Aku hidangkan anak2 dan suami dengan Chicken Sandwich dan Mee Hoon Goreng Singapore requested by Qiqi. Fav dia la tu.



2.30pm kami balik semula ke GCM. Aku ke kaunter dapatkan nombor bilik. Finally, aku dapat bilik pool view di tingkat 3. Not bad bilik ni kira ok la untuk percutian bajet.



Tuesday, December 30, 2014

Happy 70th Birthday Tok Bah..!!!


25th December, 2014 - Harijadi my one and only Abah aka Tok Bah yang tersayang. Happy 70th Birthday Tok Bah..!!! Syukur Alhamdulillah abah diberi kesihatan yang baik walaupun kadang2 BP abah tak menentu. Kalau penat sikit BPnya akan naik. Tokmi lah isteri setia yang akan menemani abah ke IJN walaupun pukul 2 pagi. Bila di tanya kenapa x call sesape dari kami adik beradik untuk hantar abah ke hospital..mcm biasa jawapan tokmi "tak nak susahkan anak2 tengah tidur..esok nak kerja..". Abah ni jenis yang x boleh duduk diam tanpa buat kerja. Dah berkali2 umie nasihat jgn buat kerja lagi..duduk rumah diam2.. rehat..tp biasa lah abah..umie kena marah balik la jawabnya..hehe. Lagi satu, abah memang tak pernah pantang makan. Apa yang dia rasa nak makan dia akan request ngan umie dan biasalah bebelan umie kat abah tapi umie tetap masakkan apa yang abah nak..suami tercinta kannn... Selalunya kami akan merancang percutian ke mana2 sempena hari lahir abah cuma kali ni we decided to celebrate kat rumah je..untuk mengelakkan abah kepenatan dan tambahan pula ada 2-3 orang dari kami yang ada new baby..termasuklah ai.

So kali ni, aku buatkan abah Victoria Sandwich Cake eventho kakno dah beli SR's Cake. Beli dan buat, sentimental value tu tak sama kan..walaupun yang buat tu tak sedap..ohohoho..!!! Adik bongsu aku Sujoe belikan sate from Satay Station. Adik aku Hary, anak2 buah panggil dia 'Aicik' buatkan Sup Kepala Ikan Kerapu. Pehhh...! mmg terbaeek. Kena lak ngan sos cili hijau pedas dia..mmg terangkat. Nanti aku try korek resipi dari dia n tempek kat sini hokeh. Abg Man pulak sepatutnya nak bakar ikan keli tapi tak menang tangan dengan gerai nasi lemak dia hari tu..akhirnya ikan keli terbiar je dekat Mydin Kajang. Nasi Lemak Abg Man memang best. Pepagi lagi dah berderet kereta berhenti nak dapatkan Nasi Lemak Sambal Kerang. Bila ada masa nanti aku nak pegi gerai Abang Man buat review Nasi Lemak Kerang dia ni. Kalau korang rasa sekali memang takkan menyesal punyalah. Abg An takde kali ni..ke Penang, ada kenduri keluarga mertuanya yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama. Kak Long memang "tokleh nok wak gapo doh la.." sebab dah terperangkap banjir kat Kelantan. Kalau tak selalunya kami 7 beradik memang selalu ada bersama meraikan Birthday Tok Bah.

Apapun kami semua mendoakan agar Abah panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Abah terlalu istimewa di hati kami. Semua benda kami boleh buat dengan berusaha tapi kami tak mampu buat TOKMI n TOKBAH. We love both of u Tokmi n Tok Bah..!!!

Wednesday, December 24, 2014

Banjir di Kelantan

"1 kaki lagi paras air akan melintasi benteng Sg Kelantan". Haa kau! Seronok gila kalau dapat balik main banjir. Kak Long bagitau masa otp tadi, dia tinggal kat Kelantan. Semua rakyat kelate diarahkan pulang ke rumah masing-masing. Baik yang sedang bekerja, berniaga dan sewaktu dengannya. Khabarnya air di Kelantan mungkin naik lagi malam ni disebabkan hujan dan angin yang bertiup kencang. Kalau dulu banjir di Kelantan ibarat satu pesta air. Kami beramai-ramai ke bandar Kota Bharu "ngarong air boh!". Di tepi-tepi jalan di bandar KB pula penuh dengan peniaga2 menjual air, apam balik, jagung rebus, murtabak dan sebagainya. Itulah satu-satunya kenangan yang tidak boleh di dapati dari negeri lain. Ada juga yang mengeluarkan perahu mereka sebagai kenderaan di musim tengkujuh itu. Dulu, kitaorg adik-beradik hanya perlu terjun dari tangga depan rumah untuk berenang...bila dah penat main air banjir, kami semua akan naik ke rumah makan roti canai panas yang disediakan arwah nenek. Tapi banjir kali ini agak berlainan..sama2 kita doakan semoga mereka yang berada di Kelantan dijauhi Allah dari segala bala. "Wahai bumi, telanlah airmu, wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." Amiin.. Jom layan gambar yang Kak Long sent thru whatsapps tadi..

Kak Long yg pakai spek tu..dgn kawannya

Seronok giler tu...

Air Sungai Kelantan yang menunggu masa tuk melimpahi benteng..

Saturday, December 20, 2014

Atie's Cottage Come Back ♥

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. It's been a while I have stopped blogging due to lack of time (bz keje dan macam2 hal)So now, let's make it clear..as you guys know my previous entry in this blog is mostly about home deco tp sekarang atiescottage berwajah baru.I nak share many things here with u guys. This blog is getting interesting which i include heritage recipes, travelling tips and many more..hope u guys enjoy reading my blog. Have a pleasure time seeking my blog, thank u!;)