Wednesday, December 31, 2014

Percutian ke Gold Coast Morib

Sebagai penutup tirai 2014..aku sekeluarga bercuti ke Gold Coast Morib. Pakej ni juga merupakan hadiah untuk Dina sempena kejayaannya mendapat 4A 1B dalam UPSR. Syukur Alhamdulillah..walaupun Dina terpaksa repeat paper disebabkan soalan UPSR bocor. Giler kesian ngan bebudak UPSR tahun ni..betul2 mencabar mental dorang.



Kitorg bertolak dari rumah pukul 11 pagi. 12.30 tengahari dah sampai GCM. Dekat je.. Shah Alam - Morib je kot. Sampai je GCM aku terus ke kaunter untuk check-in tapi hampeh..bilik belum ready. 3pm baru boleh check-in. Ok, xpe..kitorg pegi lunch dulu sementara tunggu bilik siap. Kami ke Pantai Morib lebih kurang 15 minit dari GCM. Sambil ditemani desiran ombak yang membelah pantai..cewaaah! xde ombak pun, haha. Aku hidangkan anak2 dan suami dengan Chicken Sandwich dan Mee Hoon Goreng Singapore requested by Qiqi. Fav dia la tu.



2.30pm kami balik semula ke GCM. Aku ke kaunter dapatkan nombor bilik. Finally, aku dapat bilik pool view di tingkat 3. Not bad bilik ni kira ok la untuk percutian bajet.



No comments:

Post a Comment