Tuesday, June 9, 2015

Congrats NUYO



































Tanggal 2 Jun, 2015 puteri sulung ku Nuyo telah selamat mendaftarkan diri di UITM Lendu, Melaka. Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya. Sujud syukur padaMU Ya Allah..

18 tahun Nuyo membesar dengan pelbagai kenangan dan pengalaman yang cukup mematangkannya. Aku bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang baik dan mendengar kata. Alhamdulillah..Nuyo anak yang baik dan matang dalam membuat keputusan. Aku ngan Nuyo amat rapat..dh macam isi dan kuku. Sampai suami aku pun naik heran kalau duduk dalam kereta boleh berjam2 bersembang dan lepas tu baru nak masuk dalam rumah..hehe. Aku selalu bayangkan bila tiba masa dia akan sambung belajar dan ofkos la duk hostel kan..kitorg terpaksa berpisah dan akhirnya masa tu sampai juga. Sedih sangat2.

Dah selesai semua urusan pendaftaran, bilik hostel dan sebagainya aku pun dengan berat hati balik. Sebenarnya ada kisah di sebalik penghantaran Nuyo ke UITM ni.. tapi malas aku nak cite kat sini. Cukup la aku ngan Nuyo je tahu..banyak hati nak kena jaga walaupun hakikatnya hati aku sakit. Biarlah..kita tak mampu nak ubah perangai manusia tapi kita boleh mendoakannya. Semoga Allah beri hidayah pada orang tu untuk berubah.

Sepanjang perjalanan dari Alor Gajah ke Shah Alam airmata aku meleleh2 keluar. Rasa macam nak patah balik tidur ngan Nuyo dalam bilik hostel tuh. Dina, Qiqi pun sama menangis..abahnya pun sama sedih gak tapi biasa la control macho konon..

Bermula lah kehidupan Nuyo sebagai seorang siswi. Semoga sukses dalam bidang yang dipilih. Doa mama akan sentiasa bersamamu.