Friday, January 2, 2015

Apam Pisang Sedap

Hari ni aku masih lagi bercuti. Dah janji dengan Dina n Qiqi nak pegi beli beg sekolah. Keperluan sekolah yang lain2 abah dorang dah settlekan. Hmm..lega den! Oleh kerana aku dalam mood bercuti jadi kerajinan untuk memasak tu ada lebehhh sikit. Pagi ni aku buatkan Apam Pisang Sedap untuk puteri2 kesayanganku. Resepi ni adalah turun temurun dari arwah nenek aku, Tok Mek. Apam Pisang Sedap ni adalah salah satu hidangan yang selalu Umie aku sediakan untuk sarapan kitorg. Jom kita tengok camne nak buat kuih ni. Tapi, very the sory..gambar Apam Pisang Sedap yang dah masak tak sempat nak snap pun..xpe, next time aku masukkan ea..

Bahan2nya :-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5-6 hiris lengkuas
2 batang serai
2-3 ketul keledek - direbus
1 cawan pisang - dilenyek
1 mangkuk tapai ubi kayu
2 cawan gula
3 biji telur
500gm tepung beras



Cara membuatnya :-

1. Bahan-bahan di atas dikisar halus.


2. Kisar halus 2-3 ketul keledek manis yang telah direbus dan campurkan bersama secawan pisang yang telah dilenyek.


3. Kisar halus semangkuk tapai ubi kayu.


4. Campurkan kesemua bahan kisar ke dalam mangkuk dan masukkan 2 cawan gula halus.


5. Pecahkan 3 biji telur ke dalam adunan tadi dan masukkan 1 paket tepung beras. Kacau sebati dan biarkan semalaman.


6. Besok pagi boleh lah dibakar dengan sedikit minyak seperti menggoreng lempeng. Dimakan bersama kelapa parut. Gerenti sedap..!!!

* SELAMAT MENCUBA *



No comments:

Post a Comment