Tuesday, December 30, 2014

Happy 70th Birthday Tok Bah..!!!


25th December, 2014 - Harijadi my one and only Abah aka Tok Bah yang tersayang. Happy 70th Birthday Tok Bah..!!! Syukur Alhamdulillah abah diberi kesihatan yang baik walaupun kadang2 BP abah tak menentu. Kalau penat sikit BPnya akan naik. Tokmi lah isteri setia yang akan menemani abah ke IJN walaupun pukul 2 pagi. Bila di tanya kenapa x call sesape dari kami adik beradik untuk hantar abah ke hospital..mcm biasa jawapan tokmi "tak nak susahkan anak2 tengah tidur..esok nak kerja..". Abah ni jenis yang x boleh duduk diam tanpa buat kerja. Dah berkali2 umie nasihat jgn buat kerja lagi..duduk rumah diam2.. rehat..tp biasa lah abah..umie kena marah balik la jawabnya..hehe. Lagi satu, abah memang tak pernah pantang makan. Apa yang dia rasa nak makan dia akan request ngan umie dan biasalah bebelan umie kat abah tapi umie tetap masakkan apa yang abah nak..suami tercinta kannn... Selalunya kami akan merancang percutian ke mana2 sempena hari lahir abah cuma kali ni we decided to celebrate kat rumah je..untuk mengelakkan abah kepenatan dan tambahan pula ada 2-3 orang dari kami yang ada new baby..termasuklah ai.

So kali ni, aku buatkan abah Victoria Sandwich Cake eventho kakno dah beli SR's Cake. Beli dan buat, sentimental value tu tak sama kan..walaupun yang buat tu tak sedap..ohohoho..!!! Adik bongsu aku Sujoe belikan sate from Satay Station. Adik aku Hary, anak2 buah panggil dia 'Aicik' buatkan Sup Kepala Ikan Kerapu. Pehhh...! mmg terbaeek. Kena lak ngan sos cili hijau pedas dia..mmg terangkat. Nanti aku try korek resipi dari dia n tempek kat sini hokeh. Abg Man pulak sepatutnya nak bakar ikan keli tapi tak menang tangan dengan gerai nasi lemak dia hari tu..akhirnya ikan keli terbiar je dekat Mydin Kajang. Nasi Lemak Abg Man memang best. Pepagi lagi dah berderet kereta berhenti nak dapatkan Nasi Lemak Sambal Kerang. Bila ada masa nanti aku nak pegi gerai Abang Man buat review Nasi Lemak Kerang dia ni. Kalau korang rasa sekali memang takkan menyesal punyalah. Abg An takde kali ni..ke Penang, ada kenduri keluarga mertuanya yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama. Kak Long memang "tokleh nok wak gapo doh la.." sebab dah terperangkap banjir kat Kelantan. Kalau tak selalunya kami 7 beradik memang selalu ada bersama meraikan Birthday Tok Bah.

Apapun kami semua mendoakan agar Abah panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Abah terlalu istimewa di hati kami. Semua benda kami boleh buat dengan berusaha tapi kami tak mampu buat TOKMI n TOKBAH. We love both of u Tokmi n Tok Bah..!!!

No comments:

Post a Comment