Thursday, November 5, 2015
Tuesday, June 9, 2015
Congrats NUYO
Tanggal 2 Jun, 2015 puteri sulung ku Nuyo telah selamat mendaftarkan diri di UITM Lendu, Melaka. Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya. Sujud syukur padaMU Ya Allah..
18 tahun Nuyo membesar dengan pelbagai kenangan dan pengalaman yang cukup mematangkannya. Aku bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang baik dan mendengar kata. Alhamdulillah..Nuyo anak yang baik dan matang dalam membuat keputusan. Aku ngan Nuyo amat rapat..dh macam isi dan kuku. Sampai suami aku pun naik heran kalau duduk dalam kereta boleh berjam2 bersembang dan lepas tu baru nak masuk dalam rumah..hehe. Aku selalu bayangkan bila tiba masa dia akan sambung belajar dan ofkos la duk hostel kan..kitorg terpaksa berpisah dan akhirnya masa tu sampai juga. Sedih sangat2.
Dah selesai semua urusan pendaftaran, bilik hostel dan sebagainya aku pun dengan berat hati balik. Sebenarnya ada kisah di sebalik penghantaran Nuyo ke UITM ni.. tapi malas aku nak cite kat sini. Cukup la aku ngan Nuyo je tahu..banyak hati nak kena jaga walaupun hakikatnya hati aku sakit. Biarlah..kita tak mampu nak ubah perangai manusia tapi kita boleh mendoakannya. Semoga Allah beri hidayah pada orang tu untuk berubah.
Sepanjang perjalanan dari Alor Gajah ke Shah Alam airmata aku meleleh2 keluar. Rasa macam nak patah balik tidur ngan Nuyo dalam bilik hostel tuh. Dina, Qiqi pun sama menangis..abahnya pun sama sedih gak tapi biasa la control macho konon..
Bermula lah kehidupan Nuyo sebagai seorang siswi. Semoga sukses dalam bidang yang dipilih. Doa mama akan sentiasa bersamamu.
Wednesday, March 25, 2015
Lombok, Indonesia
Ni gambar lama..kalau x silap Tahun 2012 kot. Aku ke sana atas urusan kerja. Mencari TKI (Tenaga Kerja Indonesia) untuk sektor perladangan. Sebelum sampai sana, dengar nama Lombok macam gerun je. Tapi hakikatnya orangnya baik2 aja Buk..ngak usah khuatirinnn. Kawan aku pesan bila bercakap jangan tenung mata nanti kena pukau...masalahnya skrg nak ke dorang pukau aku..haha.
Masa aku kat sana, hari2 kena masuk jauh ke pendalaman untuk dapatkan TKI. Kehidupan mereka masih lagi naif. Ada kampung yang aku pergi, rumahnya masih berlantaikan tanah. Masak masih guna kayu api. Mandi, masak, makan di tempat yang sama. Aku nak cerita lebih2 pun aku dah kurang ingatan memandangkan citer ni dah lama. Biarlah gambar2 ni menceritakan segalanya..
Masa aku kat sana, hari2 kena masuk jauh ke pendalaman untuk dapatkan TKI. Kehidupan mereka masih lagi naif. Ada kampung yang aku pergi, rumahnya masih berlantaikan tanah. Masak masih guna kayu api. Mandi, masak, makan di tempat yang sama. Aku nak cerita lebih2 pun aku dah kurang ingatan memandangkan citer ni dah lama. Biarlah gambar2 ni menceritakan segalanya..
| Bersama Pak Polisi di Airport Mataram |
| Best Seafood Restaurants in Lombok - 'MENEGA' di tepi Pantai Senggigi. |
| with Kak Syima..miss u a lot sis! |
| Kenduri dan penyampaian sumbangan untuk keluarga TKI |
| Bos tengah bg speech kat orang2 kampung, kitorg apalagi...sakan la |
| Bebudak ni suka sangat bila aku tunjuk gambar dorang kat dlm kamera |
| Banyak2 gambar..yang ni fav aku.. |
| Batavia Air untuk penerbangan Lombok - Jakarta |
| Babai Indonesia... |
Subscribe to:
Posts (Atom)
















